Sesi ini memberi fokus kepada kemahiran asas menggunting fabrik dengan betul untuk penghasilan kurta. Peserta akan mempelajari teknik mengenal pasti ira kain, cara menyusun pola dengan tepat serta kaedah menggunting fabrik mengikut ukuran yang ditetapkan. Penekanan turut diberikan kepada ketelitian, keselamatan penggunaan gunting, dan pengurusan bahan kerja dengan teratur. Melalui latihan praktikal ini, peserta dapat membina asas kemahiran menjahit yang lebih kemas dan profesional.

Program Ramadan SLS MAHIR JAHIT Alteration : Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa
Memberi peserta kemahiran menjahit untuk menyesuaikan saiz pakaian mengikut bentuk badan. Dalam sesi ini, peserta

