19 Ogos 2026 – Program Mahir Masak Intake 4 diteruskan pada minggu keenam dengan sesi Penyediaan Moist Chocolate Cake (Kelas 2). ๐ซ๐ฐ
Melalui kelas ini, para peserta berpeluang meneruskan pembelajaran dalam penyediaan kek coklat yang lembut, moist dan enak. Peserta turut didedahkan kepada teknik penyediaan bahan, proses menghasilkan kek serta langkah-langkah yang betul bagi memastikan hasil akhir lebih menarik dan berkualiti.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan dan pembuatan kek, di samping memupuk minat serta keyakinan untuk mencuba dan menghasilkan pelbagai juadah sendiri.
โจ Teruskan menimba ilmu dan tingkatkan kemahiran bersama Program Mahir Masak di NADI!


