Program Pembuatan Mocktail dan Kopi memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran asas menyediakan minuman kreatif seperti mocktail dan kopi. Peserta didedahkan dengan teknik penyediaan, pencampuran bahan, serta tips menghasilkan minuman yang menarik dari segi rasa dan penampilan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kreativiti dan kemahiran tangan, malah boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau dijadikan peluang menjana pendapatan.

Kempen Internet Selamat @ Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) KEMAS Parlimen Ketereh
Tarikh: 25 Jun 2026 Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat: NADI Kampung Padang Kala

