Mahir Masak – Minggu 5: Penyediaan Tapak & Sos Pizza
Minggu ini, peserta akan belajar asas penyediaan tapak pizza yang lembut dan rangup, serta cara membuat sos pizza yang lazat. Fokus sesi ini termasuk:
-
Teknik membuat doh pizza yang sesuai untuk pelbagai topping.
-
Penyediaan sos tomato dan herba untuk menambah perisa.
-
Tips asas menyediakan pizza dari tapak hingga siap hidang.
Sesi ini memberi peserta peluang untuk menguasai kemahiran asas pembuatan pizza yang boleh diaplikasikan di rumah atau untuk projek perniagaan makanan.


