17 Sep 2026 – Pengukuhan Modul 1–4 & Video Pembelajaran Kendiri (Modul 5–9) merupakan sesi pembelajaran yang memberi peluang kepada peserta untuk mengukuhkan semula pengetahuan dan kemahiran asas Microsoft Excel yang telah dipelajari dalam Modul 1 hingga 4. Peserta diberi bimbingan dan latihan bagi memastikan kefahaman terhadap fungsi serta penggunaan Excel dapat dikuasai dengan lebih baik.
Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada video pembelajaran kendiri bagi Modul 5 hingga 9 yang boleh diikuti mengikut masa dan keupayaan masing-masing. Sesi ini membantu peserta meningkatkan kemahiran mengurus data, menggunakan fungsi asas Excel serta membina keyakinan untuk mengaplikasikan Microsoft Excel dalam urusan pembelajaran dan tugasan harian.

