29 Okt 2026 – Program Mahir Microsoft PowerPoint Basic Batch 2 – Pengukuhan Modul 5-9 & Latihan Praktikal bertujuan memperkukuh kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft PowerPoint melalui sesi ulang kaji dan latihan secara praktikal. Peserta akan mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari seperti penggunaan animasi, peralihan slaid, penyusunan kandungan, memasukkan elemen visual serta menghasilkan reka bentuk pembentangan yang lebih menarik dan tersusun.
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan dan menguasai penggunaan Microsoft PowerPoint dengan lebih baik. Kemahiran ini boleh digunakan untuk menyediakan tugasan pembelajaran, pembentangan kerja, laporan program dan bahan promosi perniagaan. Diharapkan peserta dapat menghasilkan slaid pembentangan yang lebih kreatif, kemas dan profesional serta memanfaatkan kemahiran digital dalam kehidupan seharian.

