17 Julai 2026 – Program Mahir Pertanian Intake 4 Minggu 1 telah diteruskan dengan sesi pengenalan Kelas 2 bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pertanian serta perjalanan pembelajaran yang akan diikuti sepanjang program. Sesi ini bertujuan memperkenalkan konsep pertanian moden, kemahiran asas pengurusan tanaman serta pengetahuan yang diperlukan dalam bidang pertanian.
Peserta turut diberikan penerangan mengenai modul pembelajaran, kaedah pelaksanaan program serta kepentingan komitmen dalam mengikuti setiap sesi yang dijalankan. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pertanian, di samping membuka peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan harian serta bidang keusahawanan.


