11 Sep 2026 –
Mahir Pertanian Pintar Intake 4 Modul 8 – Keperluan Baja memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan baja dalam membantu pertumbuhan tanaman yang sihat dan menghasilkan tanaman yang berkualiti.
Dalam sesi ini, peserta meneruskan pembelajaran berkaitan keperluan nutrien tanaman, jenis baja serta kaedah penggunaan baja yang sesuai mengikut keperluan tanaman. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan penggunaan baja secara betul bagi memastikan tanaman mendapat nutrien yang mencukupi tanpa pembaziran.
Melalui sesi pembelajaran ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan pembajaan, di samping memahami kepentingan penjagaan tanaman yang sistematik untuk menyokong hasil pertanian yang lebih baik.


