Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang keperluan asas yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar dengan sihat, seperti cahaya matahari, air, udara, nutrien dan tanah yang sesuai. Peserta juga didedahkan kepada kepentingan pembajaan dalam membantu pertumbuhan tanaman supaya lebih subur dan menghasilkan hasil yang berkualiti.
Selain itu, peserta turut mempelajari jenis-jenis baja, cara penggunaan baja yang betul serta masa yang sesuai untuk melakukan pembajaan. Melalui penerangan dan perkongsian ini, peserta dapat memahami asas penjagaan tanaman dengan lebih baik serta mampu mengaplikasikannya dalam aktiviti pertanian pintar di rumah atau komuniti. ๐ฑ๐ฟ


