02 Okt 2026 – Program Mahir Prompt Engineer Cohort 2 Level 1 Modul 4 Sesi 3 – Penyelidikan & Penulisan Laporan Berbantukan AI memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu proses penyelidikan dan penyediaan laporan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Melalui sesi ini, peserta berpeluang mempelajari teknik menghasilkan arahan atau prompt yang tepat untuk mendapatkan maklumat yang relevan, menyusun isi penting serta membantu menghasilkan penulisan laporan yang lebih teratur. Peserta juga didedahkan kepada kepentingan menyemak kesahihan maklumat, memastikan ketepatan fakta dan menggunakan teknologi AI secara beretika serta bertanggungjawab.
Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan kemahiran digital peserta, memperkukuh keupayaan penyelidikan dan penulisan serta membantu mereka memanfaatkan teknologi AI dalam urusan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian.


