14 Okt 2026 – Modul ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pemprosesan dan pengurusan fail data secara sistematik menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Peserta akan mempelajari cara mengenal pasti jenis dan format fail, menyusun serta menyimpan data dengan teratur, dan menggunakan arahan (prompt) yang berkesan untuk membantu memproses, menapis, meringkaskan dan menganalisis data.
Hasil Pembelajaran dan Kemahiran Peserta:
Selepas mengikuti modul ini, peserta berupaya memahami asas pemprosesan dan pengurusan fail data, mengurus fail digital secara sistematik, serta menggunakan teknologi AI untuk melaksanakan tugasan berkaitan data dengan lebih mudah, tepat dan cekap. Peserta juga dapat mengaplikasikan kemahiran menyusun, menapis dan menganalisis data asas, membina arahan (prompt) yang bersesuaian serta mengamalkan pengurusan data yang teratur dan selamat bagi meningkatkan produktiviti dalam tugasan harian.


