17 Julai 2026 – Program Mahir Prompt Engineering Intake 4 Minggu 1 telah dimulakan dengan sesi pengenalan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) serta peranannya dalam kehidupan seharian, pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Sesi ini bertujuan membantu peserta memahami perkembangan teknologi AI dan potensi penggunaannya dalam pelbagai bidang.
Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada asas penggunaan teknologi AI, kepentingan menghasilkan arahan (prompt) yang jelas dan berkesan serta aplikasi AI seperti ChatGPT bagi meningkatkan produktiviti dan kreativiti. Diharapkan program ini dapat membina kemahiran digital peserta serta mempersiapkan mereka untuk memanfaatkan teknologi AI secara bijak, beretika dan berkesan dalam menghadapi era transformasi digital.


