11 Sep 2026 –
Maxis AI Wira Programme – Sesi Live Modul 11: Vibe Coding memberi pendedahan kepada peserta tentang pendekatan baharu dalam menghasilkan idea dan membangunkan aplikasi atau projek digital dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada konsep Vibe Coding serta bagaimana arahan atau prompt boleh digunakan untuk membantu menghasilkan kod, membina fungsi dan mengembangkan idea digital dengan lebih mudah. Peserta turut berpeluang mengikuti demonstrasi dan latihan secara langsung bagi memahami proses pembangunan dengan bantuan AI.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran digital, kreativiti, pemikiran komputasional dan penggunaan AI, di samping memperoleh pengalaman dalam meneroka teknologi baharu untuk menghasilkan projek digital secara lebih kreatif dan inovatif.


