PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-CARE: Antibiotik Lebih? Jangan Simpan Untuk “Next Time”

20 Julai 2026 – Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penggunaan antibiotik secara bertanggungjawab dan kepentingan menghabiskan ubat mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor. Peserta didedahkan dengan risiko menyimpan baki antibiotik untuk digunakan pada masa hadapan kerana amalan tersebut boleh menyebabkan rawatan tidak berkesan dan meningkatkan risiko kerintangan antibiotik.

Melalui perkongsian ini, peserta turut mempelajari kepentingan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sebelum mengambil antibiotik serta cara penggunaan ubat yang betul bagi memastikan rawatan yang selamat dan berkesan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menggunakan antibiotik secara bijak demi menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Berita Berkaitan