08 Sep 2026 –
NADI-CARE: Jangan Panik! Kenali dan Tangani Situasi Tercekik dengan Betul merupakan sesi kesedaran kesihatan yang memberi pendedahan kepada peserta tentang tindakan yang betul ketika berhadapan dengan situasi tercekik.
Melalui sesi ini, peserta diperkenalkan kepada tanda-tanda seseorang mengalami tercekik, langkah keselamatan serta tindakan awal yang sesuai sebelum mendapatkan bantuan perubatan. Pengetahuan ini penting supaya peserta dapat bertindak dengan lebih tenang, pantas dan tepat ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.
Program ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas pertolongan cemas, di samping membantu peserta memahami kepentingan bertindak dengan betul bagi mengurangkan risiko ketika berlaku insiden tercekik.


