PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care – “Kontraseptif Lelaki – Antara Ilmu, Ego & Kesedaran”.

Jumaat | 20 Jun 2025 : Webinar Studio Sihat yang bertajuk “Kontraseptif Lelaki – Antara Ilmu, Ego & Kesedaran” telah berjaya membuka ruang perbincangan yang sangat penting dan masih dianggap tabu dalam masyarakat. Webinar ini menekankan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif kepada kaum lelaki, khususnya dalam memahami peranan mereka dalam perancangan keluarga.

Penceramah telah menjelaskan pelbagai kaedah kontraseptif yang sesuai untuk lelaki seperti kondom dan vasektomi, serta menekankan aspek tanggungjawab bersama antara suami dan isteri. Perbincangan turut menyentuh halangan utama dalam kalangan lelaki iaitu kekurangan ilmu, sikap ego, dan kurangnya kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dalam menjaga kesihatan seksual dan keluarga.

Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan kepada fakta saintifik dan pandangan pakar perubatan, sekaligus menepis mitos serta salah faham yang sering dikaitkan dengan kontraseptif lelaki. Webinar ini diharap dapat menjadi langkah awal ke arah perubahan sikap dan penerimaan lebih terbuka dalam kalangan masyarakat terhadap isu ini.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kefahaman, menyuntik kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.

Berita Berkaitan