PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Care Live Webinar Kenali Punca Mengidam Dan Cara Praktikal Mengawalnya

11 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai faktor yang menyebabkan keinginan mengidam makanan serta kaitannya dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup. Peserta turut mempelajari cara mengenal pasti pencetus mengidam dan memahami keperluan tubuh dengan lebih baik.

Sepanjang sesi, peserta dikongsikan beberapa kaedah praktikal untuk mengawal keinginan mengidam, termasuk pengurusan pemakanan, pengambilan air yang mencukupi serta membina tabiat pemakanan yang lebih seimbang.

Diharapkan program ini dapat membantu peserta membuat pilihan makanan yang lebih bijak dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dalam kehidupan seharian

Berita Berkaitan