Selasa | 12 Ogos 2025 | 10.30 AM – 11.30 AM : Webinar Studio Sihat yang bertajuk “Lutut Bengkak, Sakit Nak Solat – Apa Pilihan Selain Bedah?” membincangkan punca dan rawatan alternatif bagi masalah lutut yang sering dihadapi, khususnya oleh golongan dewasa dan warga emas. Dalam sesi ini, pakar perubatan menerangkan bagaimana bengkak lutut boleh mengganggu pergerakan harian serta ibadah, seperti kesukaran untuk rukuk dan sujud.
Peserta didedahkan kepada pelbagai pilihan rawatan tanpa pembedahan, termasuk fisioterapi, senaman pengukuhan otot, kawalan berat badan, pemakanan sihat, dan penggunaan alat sokongan lutut. Webinar ini bertujuan memberi kesedaran bahawa pembedahan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian, sebaliknya rawatan awal dan gaya hidup sihat mampu membantu mengurangkan sakit serta meningkatkan kualiti hidup.


