PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care : Neuroplastisiti : Otak Tak Statik, Boleh ‘Reset’ & Belajar Semula! | W078 (siaran ulangan)

Isnin | 1 September 2025 : Webinar Studio Sihat kali ini telah membawakan topik yang sangat menarik iaitu “Neuroplastisiti: Otak Tak Statik, Boleh ‘Reset’ & Belajar Semula!”. Sesi ini memberi pencerahan kepada para peserta bahawa otak manusia bukanlah sesuatu yang kaku, sebaliknya ia mempunyai kebolehan untuk berubah, menyesuaikan diri dan membina semula rangkaian saraf melalui pembelajaran serta pengalaman baharu.

Para peserta didedahkan dengan kepentingan neuroplastisiti dalam meningkatkan daya ingatan, menguatkan fokus, mengatasi trauma, serta memperbaiki cara hidup ke arah yang lebih sihat. Webinar ini juga menekankan bahawa setiap individu, tanpa mengira usia, berpotensi untuk melatih otak agar lebih fleksibel dan cerdas dengan amalan gaya hidup sihat, latihan mental dan pengurusan emosi yang baik.

Berita Berkaitan