28 Julai 2026 – Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan pelvic floor atau otot lantai pelvis dalam menyokong fungsi badan dan kesejahteraan harian. Peserta didedahkan dengan peranan otot lantai pelvis, faktor yang boleh menyebabkan kelemahannya serta kesan terhadap kesihatan seperti masalah kawalan pundi kencing, ketidakselesaan dan penurunan kualiti hidup.
Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari teknik senaman yang sesuai untuk menguatkan otot lantai pelvis, amalan gaya hidup sihat serta langkah-langkah pencegahan bagi mengekalkan kesihatan pelvis. Perkongsian ini juga memberi penekanan kepada kepentingan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sekiranya mengalami simptom yang berpanjangan.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai penjagaan kesihatan lantai pelvis, menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih sihat serta membantu meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup secara menyeluruh.


