PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care – Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki Tapi Satu Tanggungjawab

Jumaat | 4 July 2025 : Webinar Studio Sihat kali ini membawakan topik yang amat penting dan relevan kepada masyarakat, iaitu “Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki Tapi Satu Tanggungjawab”. Webinar ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan merancang keluarga dengan bijak, bukan sahaja dari sudut kesihatan tetapi juga dari segi kesejahteraan ekonomi dan emosi sesebuah keluarga.

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan dengan maklumat tepat mengenai kaedah perancangan keluarga yang selamat dan berkesan, serta mitos-mitos yang sering disalah faham oleh masyarakat. Penceramah juga menekankan bahawa merancang keluarga bukan bermaksud menolak rezeki, tetapi ia adalah satu bentuk tanggungjawab untuk memastikan anak-anak yang dilahirkan mendapat perhatian, pendidikan dan kasih sayang yang sempurna.

Webinar ini telah membuka mata ramai tentang pentingnya membuat keputusan yang rasional dan berilmu dalam perancangan keluarga. Diharapkan lebih ramai pasangan suami isteri mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat tepat dan merancang masa depan keluarga mereka dengan lebih bijak.

Berita Berkaitan