20 Okt 2026 – Program NADI Care: Ready To Respond – 10 Minit Pertama Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa merupakan webinar yang memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan tindakan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan. Webinar ini berkongsi pengetahuan asas mengenai cara mengenal pasti kecemasan, mendapatkan bantuan yang sesuai serta memahami langkah awal yang boleh diambil sementara menunggu bantuan perubatan tiba.
Melalui webinar ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan bertindak dengan pantas dan betul dalam situasi kecemasan. Ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, sama ada di rumah, tempat kerja atau kawasan komuniti, bagi membantu meningkatkan keselamatan diri dan orang sekeliling.

