PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care – Reaksi Pantas, Nyawa Selamat : Cara Tangani Serangan Jantung Di Luar Hospital.

Selasa | 29 Julai 2025 : Webinar Studio Sihat kali ini mengetengahkan topik yang amat penting dan menyelamatkan nyawa iaitu “Reaksi Pantas, Nyawa Selamat : Cara Tangani Serangan Jantung Di Luar Hospital”. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang langkah-langkah awal yang boleh diambil apabila berdepan dengan situasi serangan jantung, terutama sebelum bantuan perubatan tiba.

Sepanjang sesi webinar, para peserta didedahkan kepada tanda-tanda awal serangan jantung seperti sakit dada, sesak nafas, peluh berlebihan dan rasa lemah secara tiba-tiba. Penceramah juga menekankan kepentingan tindakan pantas seperti menghubungi talian kecemasan 999, serta teknik asas seperti CPR (resusitasi kardiopulmonari) yang boleh menyelamatkan nyawa.

Melalui perkongsian yang informatif dan demonstrasi secara langsung, peserta dapat memahami bahawa setiap minit adalah sangat berharga dalam menangani serangan jantung. Webinar ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran kesihatan awam, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu sesama dalam situasi kecemasan.

Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya mencapai matlamatnya dalam menyebarkan ilmu asas pertolongan cemas berkaitan serangan jantung dan diharapkan lebih ramai masyarakat akan bersedia bertindak dengan yakin dan pantas demi menyelamatkan nyawa.

Berita Berkaitan