PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care : Rokok, Vape & Strategi Keluar Dari Ketagihan | W076

Jumaat | 22 Ogos 2025 | 10.30am – 11.30am : Webinar Studio Sihat kali ini membawakan topik penting bertajuk “Rokok, Vape & Strategi Keluar Dari Ketagihan”. Sesi ini memberi pendedahan tentang bahaya rokok dan vape yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan paru-paru, malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan sakit jantung. Para peserta juga didedahkan dengan kesan ketagihan nikotin terhadap minda serta cabaran untuk berhenti merokok.

Melalui webinar ini, pakar jemputan berkongsi pelbagai strategi berkesan untuk membantu individu keluar daripada ketagihan, termasuk sokongan psikologi, kaedah rawatan moden, serta gaya hidup sihat yang boleh diamalkan. Program ini diharap dapat memberi kesedaran dan semangat baharu kepada masyarakat untuk membuat perubahan positif demi kesihatan diri, keluarga, dan komuniti.

Berita Berkaitan