PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Kidsventure 2026 April Webinar 9 Bijak Kewangan

Program NADI Kidsventure 2026 Webinar 9: Bijak Kewangan merupakan satu sesi pembelajaran dalam talian yang dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kepentingan mengurus kewangan dengan bijak. Melalui webinar ini, peserta diperkenalkan dengan konsep asas seperti menabung, berbelanja secara berhemah serta membuat pilihan kewangan yang betul sejak kecil.

Aktiviti ini dijalankan secara santai dan interaktif supaya kanak-kanak dapat memahami nilai wang, kepentingan menyimpan serta cara mengurus perbelanjaan harian dengan lebih bertanggungjawab. Program ini juga bertujuan memupuk sikap berjimat cermat dan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda.

Berita Berkaitan