Sesi webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penyediaan pelan perniagaan mini secara mudah dan kreatif. Peserta akan belajar bagaimana merancang idea perniagaan, mengenal pasti sasaran pelanggan, serta menyusun strategi pemasaran dan kos secara ringkas. Modul ini juga membantu membina kemahiran berfikir secara usahawan, meningkatkan keyakinan diri, dan memahami langkah asas untuk memulakan perniagaan kecil. Melalui sesi interaktif secara langsung, peserta dapat mengembangkan idea menjadi pelan perniagaan yang lebih tersusun dan realistik.

SLS Mahir Masak Citarasa Nyonya – Ikan Kukus Berlemak bersama Chef Florance Tan & Cikgu Ros
22 Sep 2026 – Peserta berpeluang mengenali keunikan masakan Nyonya melalui penyediaan Ikan Kukus Berlemak

