Sabtu | 21 Jun 2025 : Program eKelas Kid Venture yang bertajuk “Pelan Perniagaan Pertama Saya” telah berlansung pada 21 jun 2025. Program ini sangat menarik dan memberi peluang kepada peserta untuk belajar tentang asas perniagaan sejak dari usia muda. Peserta berpeluang untuk mencipta idea perniagaan sendiri, merancang strategi jualan, serta belajar bagaimana untuk mengira kos dan keuntungan.
Melalui aktiviti-aktiviti dalam program ini, peserta cilik juga belajar tentang kepentingan kreativiti, kerja berpasukan, dan komunikasi yang berkesan. Dengan bimbingan mentor dan tunjuk ajar melalui eKelas, peserta berjaya menyediakan satu pelan yang lengkap dan mudah difahami.
Program ini telah membuka minda bahawa perniagaan bukan hanya tentang menjual barang, tetapi juga tentang menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pelanggan. Peserta berasa lebih yakin untuk bercita-cita menjadi usahawan suatu hari nanti.


