Rabu | 5 November 2025
Nama Program : Program Gen AI
Anjuran Bersama : Maxis dengan kerjasama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Panjang Banggu
Tempat : SMK Kubang Kerian, Kota Bharu
Tarikh : 5 November 2025 (Rabu)
Peserta : Seramai 70 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Kubang Kerian
Objektif : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Kecerdasan Buatan (AI) serta meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti interaktif AI dikendalikan oleh wakil Maxis, termasuk demonstrasi dan kuiz berkaitan AI.
Taklimat Kempen Internet Selamat disampaikan oleh staf NADI.
Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama peserta.
Hasil & Impak:
Pelajar menunjukkan minat tinggi terhadap teknologi AI serta memahami kepentingan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Kesimpulan:
Program berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada pelajar. Ia berjaya mencapai objektif memperkenalkan dunia AI dan memupuk kesedaran digital dalam kalangan pelajar.


