PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Gen AI Maxis bersama NADI Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Naim Lilbanat

5 November 2025 – Seramai 70 pelajar Tingkatan 2 SMK Naim Lilbanat telah menyertai Program Gen AI anjuran Maxis dengan kerjasama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Panjang Banggu.

Program yang berlangsung di sekolah tersebut bertujuan memperkenalkan pelajar kepada dunia Kecerdasan Buatan (AI) serta meningkatkan kefahaman tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.

Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan aktiviti interaktif dan demonstrasi AI oleh wakil Maxis, selain sesi kuiz, taklimat Kempen Internet Selamat dan soal jawab bersama staf NADI.

Menurut penganjur, pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi AI dan semakin memahami kepentingan keselamatan digital. Program berjalan lancar dan menerima sambutan baik daripada semua peserta.

Berita Berkaitan