20 Ogos 2026 – Sesi NADI Preneur EmpowerHER Live Webinar 39 & 40 telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan perancangan perniagaan dan perancangan kewangan dalam membina serta mengurus perniagaan dengan lebih teratur.
Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada asas perancangan perniagaan, termasuk menetapkan hala tuju dan matlamat yang jelas. Selain itu, peserta juga mempelajari kepentingan mengurus kewangan dengan baik seperti merancang perbelanjaan dan memastikan kedudukan kewangan perniagaan sentiasa terkawal.
Perkongsian ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan serta menjadi panduan dalam merancang dan mengembangkan perniagaan masing-masing dengan lebih yakin dan sistematik.


