Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan strategi pemasaran yang berkesan, khususnya dalam dunia digital masa kini. Peserta didedahkan dengan teknik menarik pelanggan, membina jenama (branding), serta penggunaan platform media sosial untuk meningkatkan jualan.
Selain itu, webinar ini turut membantu usahawan, terutamanya wanita di bawah program EmpowerHER, untuk memahami cara mempromosikan produk dengan lebih kreatif dan berimpak tinggi. Diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu peserta mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan secara lebih konsisten.


