PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Preneur Empowerher Live Webinar Minggu 1 – Melangkah Ke Dunia Usahawan

3 Sep 2026 –

🌸 NADI Preneur EmpowerHER Live Webinar – Minggu 1

Melangkah Ke Dunia Usahawan

Program NADI Preneur EmpowerHER membuka langkah pertama peserta ke dunia keusahawanan melalui sesi Live Webinar Minggu 1 – “Melangkah Ke Dunia Usahawan”.

Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas-asas keusahawanan serta perkara penting yang perlu dipersiapkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Peserta turut dibimbing untuk membina keyakinan diri, mengenal potensi dan melihat peluang yang ada dalam dunia perniagaan.

Antara fokus webinar:

  • Pengenalan kepada dunia keusahawanan
  • Mengenal potensi dan minat diri
  • Membina keyakinan sebagai usahawan
  • Mengenal pasti peluang perniagaan
  • Persediaan asas sebelum memulakan perniagaan
  • Membangunkan minda dan sikap seorang usahawan

Semoga sesi ini menjadi langkah pertama yang bermakna dalam membantu peserta membina keyakinan, mencetuskan idea dan berani melangkah ke arah dunia keusahawanan. 💪🌟

Berita Berkaitan