Sabtu | 9 Ogos 2025 : Bengkel Tiny Techies yang bertajuk “Unboxing IoT Inovasi Kit untuk Sekolah Menengah” telah diadakan bagi memperkenalkan dunia Internet of Things (IoT) kepada para pelajar. Melalui sesi ini, pelajar berpeluang membuka dan meneroka sendiri kit inovasi IoT yang dilengkapi pelbagai komponen seperti sensor, modul pengawal, dan peralatan sambungan pintar.
Tenaga pengajar menerangkan fungsi setiap komponen serta memberi tunjuk ajar tentang cara menggunakannya untuk membangunkan projek kreatif. Aktiviti hands-on ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, malah memupuk minat terhadap teknologi masa depan serta menggalakkan inovasi dalam bidang sains dan kejuruteraan.


