16 Julai 2026 – Program NADI Preneur & Empowerher Live Webinar 31 & 32 telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan perancangan perniagaan dan pengurusan kewangan yang sistematik dalam membina perniagaan yang mampan. Peserta didedahkan dengan kaedah menyediakan pelan perniagaan, menetapkan matlamat, mengenal pasti peluang pasaran serta merancang strategi bagi mengembangkan perniagaan.
Selain itu, peserta turut mempelajari asas pengurusan kewangan seperti penyediaan bajet, pengurusan aliran tunai, kawalan kos dan perancangan keuntungan bagi memastikan perniagaan dapat diurus dengan lebih cekap dan berdaya saing. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat membantu peserta mengurus perniagaan dengan lebih yakin, teratur dan bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan.


