Pada 27 Oktober 2025 (Isnin), NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh bersama NADI Padang Kala, NADI Panjang Banggu dan NADI Pantai Sabak telah turut serta dalam Karnival Sekolah Kebangsaan Mentuan 2025 yang diadakan di perkarangan sekolah tersebut.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk:
🩺 Saringan Kesihatan – Pemeriksaan asas seperti tekanan darah dan tahap kesihatan umum.
💻 Kuiz Safe & Shield Keselamatan Internet – Aktiviti kuiz interaktif mengenai keselamatan di dunia siber.
📱 Pameran NADI & MyDigital ID – Penerangan mengenai inisiatif digital serta promosi penggunaan MyDigital ID.
Selain itu, pelajar turut terlibat dalam Pameran STEAM, gerai jualan, dan aktiviti komuniti yang berlangsung sepanjang program.
Penyertaan ini memberi peluang kepada masyarakat dan pelajar untuk lebih memahami kepentingan kesihatan, keselamatan siber serta pembangunan digital sejajar dengan hasrat kerajaan memperkukuh pendigitalan komuniti.


