PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Pertandingan eSukan MLBB Peringkat Negeri Kelantan & Kelas Kesedaran

12 April 2025 – Pertandingan E-Sukan Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 11 hingga 12 April 2025 melibatkan 81 buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negeri.

Program ini menyediakan platform kepada generasi muda untuk mengasah bakat dalam e-sukan, memupuk semangat kerja berpasukan, dan menggalakkan penggunaan teknologi secara positif. Pertandingan yang dijalankan di setiap NADI dari jam 10 pagi hingga 5 petang ini turut berperanan meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang e-sukan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital negeri.

Sambutan positif yang diterima membuktikan potensi besar e-sukan dalam memperkasa komuniti dan pembangunan teknologi di seluruh negeri.

Berita Berkaitan