09 Sep 2026 –
Program AI Wira Maxis Sesi Love – Modul 9 & 10: Design Thinking & Creative Thinking memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah berfikir secara kreatif dan sistematik dalam menghasilkan idea serta menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada konsep Design Thinking yang menekankan pemahaman terhadap keperluan pengguna, mengenal pasti masalah dan menghasilkan penyelesaian yang bersesuaian. Peserta turut didedahkan kepada Creative Thinking bagi menggalakkan penghasilan idea baharu, inovatif dan di luar kebiasaan.
Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah, serta membina keyakinan untuk menghasilkan idea yang lebih praktikal dan bernilai.

