PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program JIWA @ Kelab Malaysiaku SMK Long Gafar Daerah Kota Bharu

4 Mei 2025 – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2025 SMK Long Gafar berlangsung meriah dengan kerjasama NADI dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Kelantan.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Kelantan, YBrs. Encik Muhd Nor Aswadi bin Md. Nor.

Seramai 200 pelajar dilantik secara rasmi sebagai pemimpin sekolah, meliputi pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, dan pemimpin kokurikulum. Program ini turut disokong oleh NADI dengan aktiviti Pemeriksaan kesihatan dan Taklimat NADI Pintar.

Menurut Encik Muhd Nor Aswadi dalam ucapannya, kepimpinan pelajar amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri generasi muda yang berkualiti. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara sekolah dan agensi kerajaan dalam memperkukuh pendidikan dan penyebaran maklumat sahih kepada golongan pelajar.

Berita Berkaitan