12 April 2025 – Tapak Pasar Malam Cabang Haji Kassim, Kampung Padang Seterpa meriah dengan kehadiran penduduk setempat sempena Program Jualan Rahmah Madani yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program Jualan Rahmah Madani ini bertujuan meringankan beban rakyat melalui jualan barangan keperluan harian pada harga berpatutan. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, permainan Kahoot, pameran NADI serta program kesedaran digital “Klik Dengan Bijak”. Program ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat dan berjaya memupuk semangat kekeluargaan serta kesedaran komuniti terhadap isu semasa dan penjagaan kesihatan.


