Program Ramadan Khatam Al-Quran Perdana @ NADI diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk menamatkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan secara berkumpulan. Program ini bertujuan menggalakkan amalan membaca Al-Quran, memperkukuh ilmu agama, serta menanam semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan peserta. Aktiviti ini juga menjadi platform untuk menyemai kesedaran rohani dan meningkatkan keimanan semasa bulan yang penuh keberkatan.

NADI-Nurture DiLea – Webinar Motivasi Pelajar Edisi Ke-2 – Kemanakah Hala Tuju Pelajar Selepas SPM
Pada 3 Mei 2025, NADI telah menganjurkan Webinar Motivasi Pelajar Edisi Ke-2 di bawah siri NADI-Nurture DiLea, dengan topik “Kemanakah

