Khamis | 28 Ogos 2025 | 8.00am – 2.00pm : Pada hari Khamis, 28 Ogos 2025, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh telah membuka Kios Perkhidmatan NADI sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Keusahawanan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada NADI Salor dan NADI Kampung Padang Kala yang sama-sama membantu menjayakan aktiviti dari pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang pada hari tersebut.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah ujian saringan kesihatan bagi memberi kesedaran awal tentang kepentingan menjaga kesihatan serta pengenalan My Digital ID sebagai usaha mendidik masyarakat ke arah penggunaan teknologi digital dengan lebih bijak.
Penganjuran kios ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan, malah memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat setempat dalam aspek kesihatan serta literasi digital.


