4 Jun 2026 – SLS Mahir Foto “Kamera Jadi Duit: TikTok Affiliate Edition” merupakan program pembelajaran digital yang dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan kandungan kreatif untuk platform TikTok Affiliate sebagai medium menjana pendapatan secara dalam talian. Program ini memberi fokus kepada penggunaan kamera dan teknik rakaman yang betul dalam menghasilkan foto serta video yang menarik, berkualiti dan mampu menarik perhatian pengguna media sosial.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan asas fotografi dan videografi seperti pencahayaan, sudut rakaman, komposisi gambar, teknik editing mudah serta cara menghasilkan content yang lebih kreatif dan mesra algoritma TikTok. Selain itu, peserta turut mempelajari strategi pemasaran digital, kaedah mempromosikan produk affiliate serta teknik meningkatkan engagement dan jualan melalui kandungan yang dihasilkan.
Program ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti dalam penghasilan content di samping membuka peluang menjana pendapatan melalui platform TikTok Affiliate. Dengan adanya sesi pembelajaran ini, peserta diharapkan dapat memanfaatkan media sosial secara lebih produktif, kreatif dan berdaya saing selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.


