Robotic Innovation merupakan program pembelajaran yang memperkenalkan kanak-kanak kepada asas dunia robotik dan teknologi secara interaktif dan menyeronokkan.
Peserta akan mempelajari konsep asas seperti bagaimana robot berfungsi, penggunaan sensor, serta cara membina dan mengawal robot ringkas. Aktiviti hands-on turut disediakan bagi memberi pengalaman sebenar dalam mencipta dan menguji projek robotik mereka sendiri.
Program ini bertujuan memupuk minat awal dalam bidang teknologi dan inovasi, di samping meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, kreatif, dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak.

