PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Tiny Techies Robotic Innovation Siri 4

18 Julai 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas robotik dan inovasi teknologi melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif serta menyeronokkan. Peserta berpeluang mempelajari konsep asas robotik, kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran logik di samping menggalakkan kreativiti dalam menghasilkan penyelesaian berasaskan teknologi.

Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta turut membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, bekerjasama dalam kumpulan dan mengaplikasikan pengetahuan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Diharapkan program ini dapat memupuk minat terhadap bidang robotik dan teknologi serta melahirkan generasi muda yang inovatif, kreatif dan bersedia menghadapi era digital.

Berita Berkaitan