23 Mei 2026 –
Webinar “Bijak Berbicara: Latihan Sajak Siri 2” adalah program pembelajaran interaktif yang memfokuskan kepada latihan dan teknik deklamasi sajak secara lebih kreatif dan berkesan. Peserta didedahkan dengan cara penggunaan intonasi, sebutan, bahasa tubuh serta penghayatan emosi bagi meningkatkan mutu penyampaian sajak. Program ini turut membantu membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan mencungkil bakat peserta dalam seni pengucapan serta kesusasteraan.


