Cara Gunakan WiFi Awam Dengan Selamat diadakan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko keselamatan semasa menggunakan rangkaian WiFi awam. Peserta didedahkan dengan langkah-langkah perlindungan seperti penggunaan VPN, elakkan akses akaun peribadi, dan mengesan rangkaian WiFi palsu. Program ini bertujuan membantu komuniti melindungi data peribadi dan memastikan aktiviti dalam talian lebih selamat.


