05 Sep 2026 –
Webinar Kempen Internet Selamat (KIS) Siri 19 bertajuk “Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital 101” memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengamalkan etika yang baik ketika berkomunikasi dan berkongsi kandungan di internet.
Melalui webinar ini, peserta didedahkan kepada perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memuat naik sesuatu di media sosial, termasuk kesan terhadap diri sendiri dan orang lain, menjaga privasi serta menghormati perasaan dan hak pengguna lain.
Program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran, tanggungjawab dan sikap berhemah dalam penggunaan internet, di samping membentuk pengguna digital yang lebih bijak, beretika dan bertanggungjawab.


