PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kesejahteraan Kendiri Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap?

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesan dan risiko mengamalkan diet ekstrem yang sering dianggap sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Peserta didedahkan dengan maklumat mengenai kesihatan, pemakanan seimbang serta kesan jangka panjang sekiranya diet tidak diamalkan dengan cara yang betul.

Selain itu, peserta juga mempelajari kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang seimbang dan rutin harian yang lebih teratur. Diharapkan melalui webinar ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan diri serta membuat pilihan diet yang lebih selamat dan sihat. 🥗💪

Berita Berkaitan