PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kesejahteraan Kendiri Saringan Kesihatan: Kenapa Check-Up Berkala Tu Penting?

Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan melakukan saringan kesihatan secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa terjaga. Peserta didedahkan dengan maklumat mengenai jenis pemeriksaan kesihatan yang disarankan serta kepentingan mengesan penyakit pada peringkat awal.

Melalui sesi ini juga, peserta dapat memahami bahawa pemeriksaan kesihatan secara berkala membantu mencegah dan mengawal penyakit lebih awal, sekali gus membolehkan rawatan yang lebih berkesan diberikan. Program ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta lebih peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Berita Berkaitan