08 Okt 2026 – Program Webinar Live Cybersecurity – Public Wi-Fi Bahaya? Cara Hacker Mencuri Data Anda di Tempat Awam bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang risiko keselamatan siber ketika menggunakan rangkaian Wi-Fi awam di tempat seperti kafe, pusat beli-belah dan kawasan umum.
Melalui webinar ini, peserta diberi pendedahan tentang risiko ancaman siber, termasuk rangkaian Wi-Fi palsu, kecurian maklumat peribadi dan akses tanpa kebenaran terhadap data pengguna. Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan, seperti mengelakkan transaksi sensitif menggunakan Wi-Fi awam, memastikan sambungan laman web selamat dan menggunakan rangkaian yang dipercayai.
Diharapkan webinar ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta tentang kepentingan melindungi data peribadi serta mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat, bijak dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.


